“Dan apabila kamu menghitung ni’mat
Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya” (Q.S. Ibrahim: 34)
Bersyukur
Sebagai manusia kita perlu bersyukur
akan nikmat yang kita kecapi
selama ini dan akan datang kerana Allah SWT menjanjikan untuk menambahkan lagi
nikmatNya. Namun, jika kufur, kita akan menerima azab yang pedih.
“Apabila kamu bersyukur nescaya akan
Aku tambahkan nikmat-Ku, dan apabila kamu kufur maka adzab-Ku sangat pedih” (Q.S. Ibrahim:7)
Tidak Putus Asa
Jangan
kita mudah putus asa dalam melakukan sesuatu kebaikan kerana Allah SWT mengizinkan
kita mengubah kehidupan jika kita terus berusaha.
“Sesungguhnya Allah tidak akan
mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri”(Q.S. Ar-Ra’d:11)
Kejadian Allah SWT Tidak Sia-Sia
Sesuatu perkara yang kita tidak suka
atau tidak sanggup menanggungnya merupakan perkara yang terbaik untuk
kita kerana setiap perkara Allah SWT tentukan adalah tidak sia-sia.
“Dan boleh jadi kamu membenci
sesuatu tetapi ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia
buruk bagimu, dan Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui “ (Q.S. Al-Baqarah:216)
Bersama Orang Beriman
Selagi kita berada dalam kelempok
orang yang beriman, maka kita tetap mendapat pengiktirafan yang tinggi daripada
Allah SWT. Biarpun manusia memandang rendah kepada kita.
5. “Janganlah kamu bersikap lemah, dan
janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling
tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Q.S. Al-Imran: 139)
Rahmat Allah SWT Sentiasa Ada
Rahmat Allah SWT sentiasa ada di
setiap masa dan di mana sahaja untuk kita. Dia tidak suka kita berputus
asa.
6. “Dan janganlah kamu berputus asa
daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah
melainkan orang-orang yang kufur.” (Q.S. Yusuf: 87)
Allah SWT Tahu Kemampuan Kita
Suatu perkara yang kita tanggung
sebenarnya mengikut kemampuan kita. Allah SWT maha mengetahui kemampuan setiap
hambaNya.
“Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Q.S. Al-Baqarah: 286)
Kesenangan Di sebalik Musibah
Usahlah bimbang apabila ditimpa
musibah kerana di sebalik musibah itu ada hikmah dan mungkin nikmat yang lebih
banyak bakal kita kecapi.
“Maka sesungguhnya bersama kesulitan
itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Al-Insyirah: 5-6)
Penawar Bagi Ujian
Allah SWT menyukai orang yang sabar
dan menjaga solatnya. Dua amalan ini merupakan perawat yang paling mujarab jika
kita ditimpa ujian.
“Wahai orang-orang yang beriman
mintalah pertolongan melalui Sabar dan Shalat, sesungguhnya Allah bersama
orang-orang yang sabar. Dan benar-benar akan Kami uji kamu dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, dan kekurangan buah-buahan, dan berilah kabar gembira bagi
orang-orang yang sabar, (yaitu) yang apabila mereka tertimpa musibah mereka
mengatakan “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali”(Q.S. Al-Baqarah: 155-156)
Taubat Segera
Jika kita melakukan kesalahan,
jangan ditunggu-tunggu lagi. Bersegeralah memohon ampun dan bertaubat kepada
Allah SWT kerana Dia Maha Pengampun.
“Sesungguhnya taubat di sisi Allah
hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan,
yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima
Allah taubatnya, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah
taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan yang
hingga apabila datang ajal seseorang di antara mereka, barulah ia mengatakan:
Sesungguhnya saya bertaubat sekarang. Dan tidak (pula diterima taubat)
orang-orang yang mati sedang mereka dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah
Kami sediakan siksa yang pedih.” (Q.S. An-Nisa: 17-18)
Takwa Adalah Penyelamat
Dalam setiap perkara atau situasi
yang kita alami hendaklah kita bertakwa kepada Allah SWT kerana ia akan
menyelamatkan kita.
“Barang siapa bertakwa kepada Allah
maka Dia akan menjadikan jalan keluar baginya, dan memberinya rizki dari jalan
yang tidak ia sangka, dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah maka
cukuplah Allah baginya, Sesungguhnya Allah melaksanakan kehendak-Nya, Dia telah
menjadikan untuk setiap sesuatu kadarnya” (Q.S. Ath-Thalaq: 2-3)
No comments:
Post a Comment